Tuesday, April 19, 2011

Korban Cinta... Layan


Penat....



Pulang dari penat lelah membawa seribu cerita
Di kehidupan kota nostra yang penuh gembira dan terluka,
Ya!.. kau tersenyum dibalik kehidupan itu bukan kau yang cipta,
Dalam pahit maung menanggung segala tomahan berjela,
Lihat la diri kau semakin hari semakin menderita dan kecewa..
Benarla topeng itu hanya kiasan pada pentas sandiwara manusia....

Monday, April 4, 2011

Cahaya....



Conversation pada sore itu telah benar2 membuka mata hati kau yang dulu alunan bait2 kata semanis bicara itu kau jadikan selimut bagi menutup kedukaan hati kau sebenarnya telah mula membiaskan sekelumit cahaya

dan bila tolakan mata hati kau ini membuak2 tatkala gelora dendam datang menghempas badai semalam kau cuba ubati dengan lemparan kata-kata dusta dan kadang-kala setajam pisau belati yang kau harap ianya dapat menenangkan mata hati kau yang sedang bergelora,tapi ianya tidak berlaku sedemikian bukan? yang kau rasa cuma tusukan pisau belati itu semakin lama semakin membenam ke dasar lubuk hati kau  sehingga membuatkan kau dihimpit dan terhimpit oleh rasa seksaan itu.... 

dan sore itu menjadi saksi pada ulang tahun hari jadimu dan kau kumpulkan semangat untuk menarik keluar tusukan pisau belati ke dasar hati itu dan melihat sekelumit cahaya itu membesar dan terus terang menerangi perjalanan kehidupan itu yang dulunya gelap dan sunyi tanpa cahaya 

Dan aku juga terharu dan berharap biarlah kau melihat perubahan ini benar2 sesuatu yang pasti setelah suram itu menjadi terang dan setelah mengiringi kau pulang terpancar sinar diraut wajahmu yang dulu kusam...

Selamat Hari Ulang Tahun HIDUPmu...

Sunday, April 3, 2011

Rahsia.. Layan...




Korang nak dengar rahsia tak korang?
Kalau cerita korang jangan cerita orang Janji dulu
Korang tak kan pecah lobang
Jangan pasal korang ku sakit sorang

Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama ada yang cari harta

Ada minah ni namanya rahsia
Binti apa entah tak pernah bertanya
Keluarga entah kenalnya di kota
Kata dari sini tipu dengan lorat desa

Duduk rumah sewa 6 jahanam jadi kawan
3 tak kerja 3 lagi shif malam
Gaduh dengan 2 hal dato kumis nipis
Dia kenal dulu mereka yang dapat kikis
Takpe orang kaya banyak
Cuba skali 3 4 hidup mesti tamak

Nampak anak Tansri umur jauh muda
Janji kereta 500 kuasa kuda
Erm dengar ada botol sauh
Ada burung putih besar boleh terbang jauh
Cincin gelang rantai ada loket
Betina mana tengok tak terjoget

Rumah atas bukit kamar bercahaya
Kamera disorok boleh ambil gambar rahsia
Tunjuk kengkawan semua puji ketawa
Baru tau orang kaya tak boleh percaya
Baru tau orang kaya tak boleh percaya

Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama ada yang cari harta

Ada 1 hero melayu namanya juga rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media masa
Asal boleh masuk tv dia mesti buat
Awek tengok jambu lelaki tengok meluat
Ceritarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

Jalan nak berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis

Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show nyanyi orang tak paham
Tapi datin muda tengok geram sangkut
Dato' outstation datin apa lagi angkut

Terima kasih power root
Rahsia diterima
Kalau sudi lagi boleh main gila

Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Dato' pegi London muka pucat bila balik
Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik

Nak jadi terkenal harus pandai main api
Rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi
Rahsia tak kan masuk tv lagi
Rahsia tinggal rahsia tak kan masuk tv lagi




Wayang....



Senyum seketika melihat adegan2 pengadun sandiwara menjadi sebuah ceritera, prolog yang cukup menarik membuat aku leka dan mula berkhayal pada alunan kata-kata semudah bicara sehingga terlena dan terpedaya tapi aku masih teringat akan pesan orang-orang lama, jangan mudah hanyut pada kata-kata pengadun sandiwara kerana ia bukan realiti sebenar sebuah ceritera....


"Watak dan lakonan adalah topeng sebuah kehidupan yang benar" 
walaupon tidak tergambar pada gerak tarinya itu adalah kita