Wednesday, March 30, 2011

Akukah Terlewat...



Diwaktu ku tiba pantai telah berubah wajahnya,
Sekuntum bunga gugur kebumi,
kekeringan layu tak bermaya,

akukah terlewat atau waktu yang tercepat,
sehingga suasana berbeza,
tiada lagi seperti dahulu,

disinilah dengan mu,
mengikuti jejejak ombak pantai,
disini dan juga diketika ini,
ku saksikan istana pasir berkecai,

disinilah tempatnya,
kukenali erti cinta pertama,
tapi waktu itu aku yang pemalu,
terpampang terbuka oleh mata mu,

semenjak itu,
aku bagai lilin terbakar,
memberikan cahaya penuh rela,
kerana ingin berbakti menerangi,
cinta kita..

Biarlah bulan berbicara sendiri menentukan paksinya...




Cukup-cukuplah topeng yang kau pakai hanya umpan untuk menarik mata meracuninya
dan ketika terlena melihat kehidupan kau yang  hampir Cilaka 
aku cuba dekat menarik tangan kau keluar dari kekalutan jiwa yang seakan menggila  ..
kau anggap kehidupan ini dari mata hati kau hanya sebuah permainan dusta 
dari watak dan melodrama yang dulu kau anggap dialah segala-galanya 
dan akhirnya terparut kesan tercela sehingga membuat kan kau   
membenih perasaan dendam yang meluap2 dilubuk hati yang kecewa

Ya!! itu kisah kelmarin yang kau anggap dialah punca segala durjana
tapi setelah aku mengenali akan resam dijiwa kau yang kosong dan hampa
aku bersimpati dan cuba untuk membangkit kan kembali semangat kau 
yang seakan hilang daya dan semakin lama, mula terlihat sebenarnya kau hanya berpura 
dan menyedapkan hati bila berbicara sehingga kelihatan topeng yang kau pakai 
itu semakin lama dihiris perasaan kecewa
lalu terlihatlah siapa diri kau sebenarnya yang dulu gemar mengalunkan irama hiba
membuatkan aku hampir2 terpedaya dan terleka pada kau yang sebenarnya pendusta

Mungkin juga dendam yang meluap2 itu memberi kesan mendalam pada kehidupan seharian , 
sehingga kau bertindak sedemikian disebabkan tekanan jiwa yang terkesan 
 pada kisah kemarin, seolah2 dibunuh serta diperah secukup2nya hati dan perasaan
sampaikan kau rasa orang2 yang cuba membantu mengikis perasaan dendam itu, 
kau anggap sama perlu diberi pengajaran dengan bicara2 cilaka yang kau hadam setiap hari
dan setiap kali kau marah, jiwa kau akan dirasuk oleh kata2 nista  dan kau anggap biasa
sehinggakan kau lupa ketika kesepian itu datang dijiwa kau, 
orang2 ini lah dengan ikhlas tampil membantu kau tanpa rasa jemu dengan kerenah kau
yang kadang2 menjengkelkan, sedikit pun tidak mengharapkan apa2 balasan dari kau
cuma mahu melihat kau memandang sebenar kehidupan ini adalah sebenar2 kehidupan
dan bukan bermain dengan bayangan2 mimpi semalam yang kau sendiri sedar 
semuanya tanpa kepastian dan cuma menyedapkan hati kau yang kecewa sebenarnya

 cukuplah dengan sikap dan perilaku kau yang selama ini sudah cukup aku bersabar
cuba sedaya upaya untuk membantu diri kau tapi aku sudah tidak berdaya lagi 
kerana aku melihat kau tidak berusaha untuk keluar dari kepompong bernanah itu
dan sekali lagi kau tunjukkan sikap kau yang suka mencabar kewibawaan aku sebagai lelaki
dengan kata2 yang boleh aku anggap kau sudah tidak menghormati nilai persahabatan itu 

Maafkanlah aku sekali lagi kita tidak boleh selalu bersama seperti dulu lagi
walaupun kau pernah menangis suatu ketika dulu kerana kau takut akan sepi itu kembali 
tanpa teman dan orang2 yang selalu disisi tapi percaya la kita tetap bersahabat
cuma ada insan yang aku sayang perlu dijaga hati dan perasaannya  
kerana aku sedang berusaha memperbaiki diri 
bagi melangkah pada sebuah kehidupan yang baru
insyaallah segala kesempatan yang ada dan pengalaman dari kisah kau 
akan aku jadikan pegangan dan pedoman dalam hidup 
supaya aku boleh mencipta sebuah kehidupan yang bahagia 1 hari nanti pasti
dan kau banyak mengajar aku tentang kekecewaan itu sebenarnya
Terima Kasih dan halalkan semuanya...
untuk kau yang dulu pernah aku panggil sayang






"Kehidupan itukan satu percaturan"
"kadangkala kita tewas atau kita sendiri ditewaskan"   






Monday, March 28, 2011

Teman....




Dalam kehidupan yang penuh ranjau dan berliku ini kita tidak lari untuk memiliki teman dan menjadi pelengkap dalam meneruskan kehidupan.Kadangkala teman-teman ini lah yang banyak memainkan peranan untuk kita memajukan diri dalam setiap apa yang kita ceburi bukan itu saja sanggup berkongsi suka dan duka gelak ketawa bersama dan kadang-kala menangis pun bersama...

Tapi kita lupa dalam mengharungi kehidupan ini kita jarang menghargai nilai persahabatan itu, adakah kita lupa? atau kita terlalu selesa dengan teman yang kita ada dan dalam tidak sedar kita telah melukakan dan mengecewakan perasaan teman-teman kita tanpa kita sedari..

Inilah realiti yang kita terlepas pandang untuk menilai sebenarnya dan hal ini kita sendiri pernah alami sesuatu yang kita rasa remeh itulah yang menjadi satu kekecewaan buat kita.benar kadang-kadang perkara yang dianggap remeh ini kalau dinilai dari segi pengorbanan memang sukar dan semuanya bergantung sejauh mana kesanggupan kita untuk melaksanakanya tapi adakah kesanggupan kita ini boleh melegakan setiap kali teman ini berduka dan mungkin sampai masa kita tidak boleh lagi untuk bersama dan waktu itu kita merasakan kekecewaan itu benar-benar menghambat diri kita dengan perasaan bersalah....

Soal hati tiada siapa yang mengerti mungkin juga kita terlalu mengikut perasaan sendiri dalam menilai erti sebuah persahabatan dan yang lebih sukar untuk dimegertikan adalah sikap dan perlakuan yang kadang-kadang kita terlalu mendesak bagi menyenangkan perasaan kita sendiri sehingga kita lupa kita telah mengecewakan teman dan merosakan nilai dan erti sebuah persahabatan yang sejati....


Maafkan aku Teman.......

Wednesday, March 23, 2011

Hikayat Mati Senyap..


Bahawa sekarang dengarlah olehmu, hai kekasihku, Maka adelah aku karangkan akan coretan ini dari hal hikayat diriku, maka kunamakan dia Hikayat Mati Senyap..

Adapun sebabnya kukatakan demikian itu, maka akan ketahuilah jikalau benih yang tiada baik ditanam, sesekali tiada boleh bertumbuh pohon yang baik,  seperti perumpamaan Melayu; 
     
Adakah pernah telaga yang keruh itu mengalir airnya jernih?..dan lagi pula jikalau di hulu airnya keruh dapat tiada dihilirnya keruh juga adanya."Ibarat orang yang membuat negeri Amerika itu orang jahat, segala keturunannya itu pun jahatla juga adanya..kuusahakan diriku menterjemahkan coretan ini kerana kulihat dalamnya kebanyakan ceretera dan perkataan umpama, ibarat dan mithal yang mendatangkan akal serta bijaksana cerdik bagi orang yang membaca akan dia....


Maka dalam simpanan yang tersebut itulah aku perolehi kebanyakan simpulan perkataan, ikatan perkataan, rangkai perkataan, ringkasan perkataan, lanjutan perkataan, kuasa perkataan, pemanis perkataan, tumbuh perkataan, campuran perkataan, tuju perkataan, tajam perkataan, sindiran perkataan dan rahsia perkataan serta beberapa 'ilmu bahasa yang kulihat tersembunyi dalam lenggok bahasa itu sendiri...


Kesimpulannya, 


Adapun sebab itulah bagaimana ku beli mahal demikianlah hendak ku jual pun mahal. Maka sekiranya kudapati sepanjang jalan ku tiru-tiru dan ku dengar-dengar sahaja, jangankan hendak dibeli orang, jikalau dipintanya sahaja kuberikan cuma-cuma. Melainkan berlebih-lebih maklumlah tuan-tuan yang membaca Hikayatku ini, bahawa tiap-tiap benda yang murah harganya itu, dapat tiada adalah 'aibnya dan tiap-tiap benda yang mahal itu dapat tiada juga adalah sesuatu kelebihannya... 


Allahhualam....

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh..



Tuesday, March 22, 2011

Nukilan rasa buat sahabatku sayang...


Sejarah hidup kita berbeza.dan mungkin aku dilihat gila, tapi kamu sendiri tidak sedar yang mungkin sejarah orang lain memandang kamu sendiri gila.jadi untuk itu,aku hanya mahu pohon diri dan diam, Kadang2 ambil masa untuk merenung dan nilai jalan-jalan hidup yang pernah kita lalui.mungkin ada satu papan tanda yang kita tak pandang atau tak perasankan.maafkan aku sahabat.aku ini juga sedang mengingatkan diri.ada kala aku terlalai juga terlalu seronok memandu sampaikan terlajak jalan yang aku tuju...

mungkin benar kata2 ini.. kadang2 kita lupa akan dia semasa masih ade tapi bila kita rindu dan kesepian kadang2 kita menangis sendiri kerana tidak cuba untuk menghargai ketika masih ada... aku pernah merasa akan itu dan aku tau kau juga lebih merasai dari itu... tapi apa mampu kita lakukan selagi kita masih ade rindu?...

Bahagia itu bukan perlu di buat2, kerana ia datang dari hati yang suci dan ikhlas dlm menghargai nilai kasih sayang itu... tp apakah mampu kita menolak andai nilai kasih sayang yang masih tersimpan ini diberi benih semula untuk disemai sebelum ia benar2 layu dipenghujung rindu... dan benar setiap episod semalam yang berlalu mungkin boleh menjadi tanda aras untuk kita memperbaiki ape yang dh kita tempohi dimasa akan datang dan harus kita bangkit dan cuba kembali, jika masa depan itu tidak dapat terlihat lagi jangan salah kan tuhan dengan ape yang telah tertulis dan tersirat ..

benar hati tu berseni... dan seni itu juga boleh diubah2 menjadi satu nilai yang akhirnya bila kita dapat merasa akan keindahan nya.. pasti segala apa yang ada pada diri kita dulu akan pasti berubah rupa... percaya la bukan setiap perjalanan yang kita lalui itu semuanya berliku... pasti jika suatu hari nanti kelibat cahaya yang kita cari itu akan bersinar juga pasti.. cuma kita perlu merelakan hati untuk terus mengharungi perjalanan ini... tuhan itu maha menghetahui setiap langkah dan perjuangan hidup kita didunia ini bukan...

aku mengerti dan memahami keinginan yang ade pada dirimu tapi disebabkan kenangan semalam yang ditinggalkan membuatkan kau takut untuk mengharung lagi kehidupan itu... tapi percaya la sayang mencuba kembali memperbaiki itu tidak salah cuma kita tidak membenarkan hati kita mencuba untuk itu.... boleh merosakkan lagi hati dan perasaan kita.... pujuk la hati cubalah bertarung mengharungi laut yang luas andai gelora dan badai itu menghentam kembali, berdoa dan berserah la pada tuhan kerana ini lah jalan yang telah ditentukan untuk kita......

"Moga esok ada sinar kebahagiaan lagi untuk kita"

Monday, March 21, 2011

Syukur...




Kadang-kala kita lupa untuk berSYUKUR bila mendongak ke langit


Kelam Malam



Jika malam ini kita suram, menjeritlah hati2 yang duka untuk dilepaskan tapi adakah kita percaya jika berbuat demikian boleh menyembuhkan segala rasa dan sakit yang terpendam, tepuk dada tanya dimana perhentian yang harus kita berhenti????? jawapnye mudah kan, kalau tidak berkira2, kita akan terus hanyut dibuai dan terbuai dengan mainan perasaan itu sendiri....



"Mungkin kan Sahabat"

Sunday, March 20, 2011

Sengal



Omongla seolah2 aku ini org2 terhebat atau org2 jelik yang ko lihat dibalik cermin kaca ko sendiri, itu semua kau kuncah seperti menelan diri ko sendiri,  prolog hinggar-binggar seakan2 senyap tapi bising, bingit!.. menidak kan org lain bersuara dan merasa mungkin ko lupa ape itu  hasad dan hasrat sedang kan aku atau ko yang sebenarnya lebih banyak mencemarkan nista dan berdusta pada kata2,....Ah!! biarkan semut2 hitam itu pulang kesarang untuk bercerita sesama mereka sendiri....... ahahaha

Aku cuma benci meeting aku tadi....


Saturday, March 19, 2011

Aku Cuma Berharap.....


Segalanya dengan kehendakmu Ya ALLAH!!

Air, benar kau memberi kesuburan pada diriku dan alam semesta dan dikesempatan waktu ini juga aku ini meminta berikan aku kekuatan dalam menempuh cabaran dan rintangan untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini dan jika kesempatan ini tidak kau berikan padaku, aku memohon kelak, biarlah pusaraku nanti kau lindungi sesejuk nikmat yang Tuhan berikan padamu.... 

Api, benar kau memberikan cahaya untuk aku dan Alam semesta ini, dan dikesempatan waktu ini aku juga ingin meminta kau berikan sinar kebahagian untuk aku meneruskan kehidupan ini agar aku dapat menikmati keindahannya walaupun cuma sedikit cahaya yang dapat kukecapi dan andai tidak kau berikan kesempatan ini kepadaku aku memohon kelak biarlah aku dijauhi dari azab yang Tuhan berikan kepadamu...

Angin, kau berikan kesempatan untuk aku menghirup udara ini, aku juga bersyukur kepada Tuhan, dikesempatan waktu ini biarlah segala perjalanan yang penuh ranjau dan berliku ini dapat aku lalui dengan tabah dalam menempuh dugaan2 yang mendatang, berilah aku sedikit waktu untuk mengecapi kehidupan ini, andai kau ingin menghentikan kemahuanmu terhadapku aku memohon biarlah pemergianku ini dalam keadaan aku  tenang dan bersedia menemui Tuhan Yang Maha Esa.....

Ya ALLAH!..
kepadamu segalanya aku meminta dan berserah...

Kenangan lalu....




Kenangan semalam yang kita tinggalkan,
Telah ku simpan dalam memori sekeping hati yang rindu,
Kiranya kau rindu akan kenangan manis itu,
Senyumlah sayang tatkala kau kesepian..
  



Berkhayal lagi aku mungkin sudah paras agaknya... keh3



Detik Perjalanan Baru..


Hari nie jumpe bakal.... Optt!!
Moga semua success, Amin..

Friday, March 18, 2011

Layan...



Di dalam cipher, lirik berterbangan,
dari lapangan lidahku menuju awan,
Di dalam aliran kataku berselam,
Bersama mikrofon sebagai teman,
Sejati, kalau mahu turut sekali,
Jangan ketinggalan bila jaguh berlari,
Ini bukan masa merangkak berjalan
Ini masa tekanan hasilkan berlian,
Kataku buat kamu bersantapan
Beralaskan irama sebagai talam
Aku disekolahkan emcee zaman silam,
Kalau kurang mahir baik duduk diam
Di studio, tempat aku bertukang
Mengajiku cukup ajarku yang kurang
Jadi bila berdepan tak perlu bersalaman
Tunggu raya tahun depan kita bermaafan




Thursday, March 17, 2011

Hakikat Salafus Salihin...



Konon nye ko datang sebagai SALAFY untuk jadi penyelamat dunia tapi sebenarnya ko sendiri tidak berpijak di bumi yang nyata, menidak kewarasan orang lain untuk merasa adakah ko sebenar mahu mencari hetrik berganda atau mahu pergi jauh lagi sebagai pencipta laungan keramat dipuncak 3 segi bermuda yang akhirnya ko sendiri lupa akan jubah kepalsuan yang ko pakai itu sudah mula kelihatan hitam dan tercemar oleh permainan dusta yang ko cipta kan sendiri, barangkali ko juga lupa akan memberi penghormatan ketika berbaris untuk mendapatkan benih2 KEINSAFAN untuk ko semai di jiwa atau mungkin juga interprestasi ko mengagung- agungkan Kalimah2 dalam jilid ke 13, orang2 terdahulu yang ko hadam mengikut kehendak hati ko sendiri sudah mula membusuk bukan untuk ko berkompromi dengan mereka tapi seolah2 ko menunjukkan yang ko konon nya golongan AHLI HADIS  sejati dan bukan mahu untuk mencari impak sebenar tapi ko lebih hanyut dalam Dunia Omongan-Omongan kiasan dusta...

Biarla kelip-kelip itu mengelilingi aku....


"Cuma membias dari kebiasaan"

Wednesday, March 16, 2011

Aku BLACKBARRY

hiruk pikuk kedengaran diluar jendela kamar tidur ku, entah ape yang sedang berlaku mungkin ade cerita yang aku sendiri tergerak hati untuk melihat dari celah2 daun jendela... kelihatan kelibat 2 susuk tubuh yang aku pasti seorang lelaki dan wanita sedang bercakaran... aku cuba mengamati kedengaran sayup2 seperti BLACKBARRY akula.kenapa ko nak tahu?.. aku sendiri menyedapkan hati mungkin mereka bergaduh disebabkan telefon BLACKBARRY.. 

Ah!!.. aku tidak mempedulikan mereka lalu aku berbaring di atas tilam empuk ku untuk cuba melelapkan mata.. tapi dengan tiba2 kedengaran.suara wanita tadi menjerit seolah2 sedang dirasuk oleh hantu aku cuba bergegas bangun dan melihat sekali lagi ape yang terjadi... la rupa2nya.mereka bergaduh tentang status bbm yang dihantar oleh wanita itu....  mungkin penangan cemburu si lelaki tadi agaknye..... 

yang membuatkan aku tersenyum lelaki tadi menghempaskan BLACKBARRY ke jalan sehingga berderai patutla wanita itu menjerit seoalah2 sedang dirasuk hantu, barangkali banyak rahsia yang ade dalam BLACKBARRY.itu agaknye.....

Tapi yang menjadi mangsa tetap aku BLACKBARRY....

Panggilan dari Langit

kadang-kadang senyum itu tidak dapat meredakan hati yang berduka...
tapi kata-kata mungkin salah satu pengubat hati yang lara...

jadi apa kata lu seroja-jingga?.. adakah itu kamu percaya....

GOTCHA!!!....

setelah mendapat panggilan dari langit
(sambil menyedup nakotin yang entah bila mahu sampai kepuntungnya)

*SENYUM*



Tuesday, March 15, 2011

Sepi Datang Bertamu...



Bertabur kenangan diruang kamar yang sepi,
Hendak ku singkir semua perasaan,
Kau masih diruang mataku..

Jendela terbuka dihentam angin yang dingin,
Sepi bertamu bukan sekejap bilakah ia akan pergi..

Luka terbiar seorang insan duduk sendirian, 
cuba tersenyum tapi menangis dihatinya,

Mengapa manusia dijadikan bertemu lalu berpisah,
Jika ini yang terjadi tak mungkin aku bercinta lagi...


Semak!.... Semak!.... Semak!......


Monday, March 14, 2011

Enigma - A The voice of Enigma






Aku masih lagi sesat dalam lembah ini......

Mahu ke Mana Salafy....



Malam ini bisa aku hilang lagi dalam kelat malam pekat...
cuba menyibak tirai kepalsuan yang semakin hari semakin gagal mencari kepastian...
ah!!.. mungkin kah aku perlu tewas dalam membuka topeng keangkeran ini...
atau aku sendiri tidak berdaya lagi untuk meneruskan  ape yang aku cari selama ini...
terus redha apa yang akan berlaku selepas ini? aku pasrah dalam menghitung detik itu
jika ini pengakhirannya yang kau cuba berikan pada ku........
berilah aku sedikit sisa-sisa waktu untuk aku yang nyaris pupus dari harapan.....


Detik-detik itu sedang menunggu masa menghentikan aku.......

Sunday, March 13, 2011

Berani Gagal!!!

Aku x takut ape akan berlaku seterusnya.... pasal apa?..... 
kenapa aku perlu mengikut telunjuknye, 
sedang kan dia sendiri x pernah memahami aku ini bagaimana?.....
asyik nak jaga perasaan orang lain yang terus berpura2 aku.....





Ah!!! persetan dengan ini semua......

Thursday, March 10, 2011

Eminem - Not Afraid



Ketidak seimbangan Kimia Dalam Badan mungkin aku rasa ketika ini..

Wednesday, March 9, 2011

Kesan...



Bayangkan kita melalui lorong gelap untuk mati, tapi tidak mati seksa kan....
akhirnya mereput dimamah usia dalam kekecewaan dan kekesalan yang mendalam..


Mungkin itu aku, dia, kamu, mereka dan siapa sahaja 
mungkin akan terKESAN dengan alpaan ini...

Mimpi atau Realiti...









Gerak tangis kelam malam mula suram...
subuh menanti senja dan ketika malam membuka tirai bicara....
aku dihimpit bisikan2 dusta entah datang 
mungkin dari si durjana itu agaknya...
kesal dalam kekalutan noda malam hitam kelam yang dulu itulah....
sehingga membuatkan ada insan menanggung 
derita akibat kecewa dan berduka 
kesan itu banyak mengubah diri aku tentang menilai erti sebuah pengorbanan dan menghargai hati serta perasaan insan lain...  

Aku membiarkan lagi diri ini bermain dalam mencipta sebuah mimpi sehingga kan ada insan lain terlena....
mungkin aku sengaja atau aku sendiri lupa kisah semalam yang dulu pernah buat insan lain berduka....
sehingga menjerat diri tanpa ada rasa takut yang racun itu 
sedang merayap keseluruh jiwa.... 
tapi kali ini lain pula aku rasa, sehingga aku mula yang keliru dengan mainan mimpi yang aku ciptakan ini..
benarkah hati dan perasaan ini sudah mula merasa kesan akan cinta itu sedang mula mekar dalam jiwa aku...
kerana aku sukar untuk percaya akan cinta itu sendiri tapi kenapa jiwa aku pula perlu meronta2....
Ah!!!... mungkin ini karma yang tuhan sedang tujukan pada aku atas kesilapan yang dulu mungkin....

Aku pula yang merasa akan beban ketika ini, sedangkan aku sendiri sudah bersedia untuk menukar mainan Mimpi itu menjadi Realiti bukan Fantasi lagi, adakah aku tidak yakin akan diri aku sendiri?... itu tidak mungkin kerana aku sendiri dapat merasakan sayang itu telah mula 
disemai dalam jiwa aku dan insan ini... 
Huh!!.. payah untuk aku jelaskan ape sebenarnye 
yang masih tidak terungkai....
kadang-kadang aku hilang dalam diri aku sendiri, 
mungkin benar kata orang tua-tua... 
orang-orang dalam keadaan ini darahnya manis, 
senang digoda oleh syaitan...
mungkin itu sahaja yang dapat memujuk hati aku ketika ini.... 
Entah lah!!..Benar Ajal Maut, Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan ... 
Solat Istiqarah itu mungkin dapat memberi aku 
petunjuk terbaik pada ketika ini...
Aku tetap berdoa dan berharap biarlah segalanya berlaku mengikut ape yang telah aku dan insan ini rancangkan ... 
dan jika ketentuaan itu sebaliknya aku redha dan berserah jika itu kemahuanmu Ya Allah!!.... 



"Aku tetap akan berusaha selagi  mampu mengubah Mimpi itu menjadi Satu Realiti yang pasti.. 

"Jika Kamu Percaya"

Sunday, March 6, 2011

Blurrr....



Aku masih rasa mcm aku sedang bermimpi adekah ini benar2 jawapan yang aku cari selama ini.... 
Aku masih gagal untuk melelapkan mata untuk malam ini..... 
esok bermula lagi.... 
cerita yang baru.... 
wajah yang baru .. 
kisah yang baru.....
tapi aku masih BLUR!!! dan gagal mencari keputusan itu sendiri...

Ah!! perlu ker aku tewasSS!!......



Wednesday, March 2, 2011

Aku dalam Lagu..



Kadang2 aku sudah tidak mengharapkan lagi perjalanan kehidupan yang akan datang dapat mengubah segala-galanya walaupun aku cuma ada daya 


Tapi ...


Ape yang aku harapkan biarlah yang akan berlaku pada hari esok dapat memberikan aku nafas dan kekuatan untuk aku melangkah demi meneruskan episod kehidupan berliku yang masih kelam dan samar ini......



Hanya Tuhan yang mengerti apa yang aku rasa ketika ini..... Ya Allah!!