Tuesday, March 22, 2011

Nukilan rasa buat sahabatku sayang...


Sejarah hidup kita berbeza.dan mungkin aku dilihat gila, tapi kamu sendiri tidak sedar yang mungkin sejarah orang lain memandang kamu sendiri gila.jadi untuk itu,aku hanya mahu pohon diri dan diam, Kadang2 ambil masa untuk merenung dan nilai jalan-jalan hidup yang pernah kita lalui.mungkin ada satu papan tanda yang kita tak pandang atau tak perasankan.maafkan aku sahabat.aku ini juga sedang mengingatkan diri.ada kala aku terlalai juga terlalu seronok memandu sampaikan terlajak jalan yang aku tuju...

mungkin benar kata2 ini.. kadang2 kita lupa akan dia semasa masih ade tapi bila kita rindu dan kesepian kadang2 kita menangis sendiri kerana tidak cuba untuk menghargai ketika masih ada... aku pernah merasa akan itu dan aku tau kau juga lebih merasai dari itu... tapi apa mampu kita lakukan selagi kita masih ade rindu?...

Bahagia itu bukan perlu di buat2, kerana ia datang dari hati yang suci dan ikhlas dlm menghargai nilai kasih sayang itu... tp apakah mampu kita menolak andai nilai kasih sayang yang masih tersimpan ini diberi benih semula untuk disemai sebelum ia benar2 layu dipenghujung rindu... dan benar setiap episod semalam yang berlalu mungkin boleh menjadi tanda aras untuk kita memperbaiki ape yang dh kita tempohi dimasa akan datang dan harus kita bangkit dan cuba kembali, jika masa depan itu tidak dapat terlihat lagi jangan salah kan tuhan dengan ape yang telah tertulis dan tersirat ..

benar hati tu berseni... dan seni itu juga boleh diubah2 menjadi satu nilai yang akhirnya bila kita dapat merasa akan keindahan nya.. pasti segala apa yang ada pada diri kita dulu akan pasti berubah rupa... percaya la bukan setiap perjalanan yang kita lalui itu semuanya berliku... pasti jika suatu hari nanti kelibat cahaya yang kita cari itu akan bersinar juga pasti.. cuma kita perlu merelakan hati untuk terus mengharungi perjalanan ini... tuhan itu maha menghetahui setiap langkah dan perjuangan hidup kita didunia ini bukan...

aku mengerti dan memahami keinginan yang ade pada dirimu tapi disebabkan kenangan semalam yang ditinggalkan membuatkan kau takut untuk mengharung lagi kehidupan itu... tapi percaya la sayang mencuba kembali memperbaiki itu tidak salah cuma kita tidak membenarkan hati kita mencuba untuk itu.... boleh merosakkan lagi hati dan perasaan kita.... pujuk la hati cubalah bertarung mengharungi laut yang luas andai gelora dan badai itu menghentam kembali, berdoa dan berserah la pada tuhan kerana ini lah jalan yang telah ditentukan untuk kita......

"Moga esok ada sinar kebahagiaan lagi untuk kita"

7 comments:

ghost said...

tetapkan matlamat untuk apa suatu itu perlu dicapai,dan jangan terlalu meredah sesuatu yang akan memusnahkan kamu kembali,perlu ada percaturan.Berani saja tidak cukup untuk mengharunginya sekalipun merasakan itu adalah pengorbanan yang terbaik.

Baby Lyana said...

bukankah hidup itu satu percaturan? semua orang pasti akui itu, biarpun pahit utk meluahkannya...

ye, kenangan semalam merupakan panduan utk esok...tapi, kita manusia biasa yang perlu memafkan dan beri peluang kiranya ade niat dihati org itu....pedih itu pasti, tapi mungkin itulah percaturan utk kebahagiaan akan datang...siapa tahu?

kita didunia realiti, bukan dunia khayalan....pasti ada jatuh dan duduknya, pasti ade sakit dan sihatnya..pasti ade sengsara dan bahagianya......

kalau nak mudah, cuba 1 petua ni....sentiasa ingat kebaikan org itu walaupun hanya 1....biar kebaikannya mengaburi yang lain....mungkin itu lebih mudah utk memujuk hati ini, dari sentiasa menanam dendam kesumat yang tak membawa apa2 kebaikan pun.....

ohh panjangnya....rasa ingin tulis lagi, tapi rasanya cukup la disini...

Seroja Jingga said...

Seboleh yang mampu, pasti hajat kita bunga-bunga yang disusun menjadi pelangi petang, dan pelangi itu kekal semerbak harum sampai hujung nafas kita.

Tapi yang Maha Pengatur itu ceritanya berbeza. plot duganya buat hidup lebih banyak teka dari tahu dan untuk itu, yang tidak mampu kita jauhkan adalah DIA sendiri, kerana kita tidak ada dinding lain dari kekuatan-Nya yang kita tumpang paut. dan sakit itu aku tahu benar-benarnya perit dan andai aku sendiri yang meniti belati bernyawa itu, pasti nyawa aku menghujung sebelum ajalku tiba.

dan kenapa kau atau "sahabat" kau? kerana ada agenda yang lebih indah dari gundah itu yang Maha Esa titipkan. aku berkata seolah senang susun huruf ini pasti lebih mudah dari jerih perit hidup kau atau "sahabat" kau itu, tapi begitulah teori hidup. yang sehabis upaya kita, tidak lain dari berpeluk dengan penuh rendah diri di hamparan sejadah sujud pada-Nya. dan sesungguhnya Maha Kuasa itu suka akan rendah diri itu insya'Allah. kau atau "sahabat" kau betah berdiri semalam kan? dan aku harap kalian bisa berdiri lagi hari ini dan lusa.

yang tertulis disini tentu saja sudah bertapis-tapis berkali-kali dari emosi yang benar, tapi longitut rasanya paling tidak, ada persamaan kan? dan itu sendiri satu realiti hidup penuh misteri yg minta di terjemah dalam penuh pengertian.

kalau kau kepinginkan seikit 'aspirin' dalam perit hati, kau ambik la secubit dua kata-kata di lubang komen ini. kurang-kurang kolestrol dalam jantung hidup kau dapat di sesah sikit sebanyak. aku dah menulis lebih dari apa yang patut. dan aku hanya patut mendengar untuk jadi kawan yang baik kan. untuk itu,maaf

assalamualaikum.

Ghostface Fella' said...

Ghost writer :
Benar, berani tidak cukup jika kita takut akan gagal itu berulang lagi....

Baby Lyana :
Percaturan itu lah membuatkan kita lebih matang dlm mengharungi kelangsungan hidup yang kadang2 di uji dgn ujian2 yang amat perit dan sakit utk kita benar2 sedar dan bangkit dari terus dibuai oleh lena yang panjang.....

tapi percayala setiap kehidupan yang kita lalui memerlukan pengorbanan walaupn pedih serta pahit dan setiap langkah kita tersungkur jatuh jangan sekali2 kita lupa untuk bangun dan bersyukur pada ilahi kerana kita masih diberi lagi peluang serta kesempatan waktu untuk melangkah dan terus melangkah dalam memperbaiki dan mengharungi ranjau kehidupan yang berliku ini.... pasti.....
Aku percaya kau mampu untuk mengharungi dan mengatasinya...
*senyumlah ya*... :)
psst!!: komen tu mcm ade cerita jew.. hehehee

Ghostface Fella' said...

Seroja Jingga :
Memang benar plot cerita kita adalah berbeza2...
jika kita dapat menyelesaikan silang-kata untuk terus mencipta bahagia sudah tentu aku juga tidak akan berkira2 untuk mencubanya kerana mengapa untuk bersusah payah mencarinya sedangkan jalan bahagia yang akan dilalui sudah nampak jika kita berjaya menyelesaikan nya....

Tapi Tuhan itu lebih berkuasa dan maha Adil akan segalanya bukan.. tidak mudah untuk DIA memberi jalan bahagia itu jika kita tidak mampu berusaha mengharungi onak dan badai yang DIA duga untuk kita demi mencapai kebahagiaan yang hakiki tapi aku juga manusia seperti kamu yang kadang2 hanyut dibawa gelora nafsu dan amarah sehingga jalan kebahagiaan yang dicari selama ini hilang dlm kelam dan kabur tanpa arah, mungkin kisah semalam yg ditinggalkan membuat aku pasrah dlm mengharungi hidup ini....
tapi percaya la sahabat,Tuhan duga bahagia itu ade sebab, Tuhan duga kita juga ade sebab... ingatlah kerana duga itu semua, membuatkan kita lebih mengenal erti kesabaran dan pergorbanan serta sedar akan kesilapan diri itu sendiri....
dan jika itu kamu percaya bangunlah dan bangkitlah mencipta kebahagian itu sekali lagi tanpa putus asa dan kesal dijiwa... kelak mungkin sinar kebahagiaan yang dicari itu pasti akan menjelma jua.... pasti....
Ingatla Tuhan akan membantu hamba2nya yang sabar akan duganya dan bersungguh2 berusaha kearah mencari jalan kebahagiaan yang diredhainya...

*big hug*

psst: beb! komen tu mcm keluh kesah jew... jeng3
ceceta2?..maaf jika aku cuma menduga.. :)

Baby Lyana said...

cam ade citer? nak baca cerpen? dah lama tak menulis....takpelah..biarlah cerita itu ku simpan jadi sejarah dlm lipatan hidupku ini....kan kujadikan sempadan dan tauladan utk meneruskan sisa-sisa hidupku...

terlalu banyak liku-liku yang dilalui...serius...pernah jatuh terduduk, dihina, terhina....tapi kuteruskan hidup ini kerana kutahu pasti kebenarannya akan terserlah jua...dan itu lah yang berlaku...dan ku pasti, 1 hari akan ade sinar bahagia yang menanti biarpun hanya seketika...cukuplah, untuk kurasa apa itu bahagia

coretanku berdasarkan pengalaman, bukan hanya atas dasar pembacaan sahaja. Insya-Allah akan kusematkan pesananmu di dada, insya-Allah sahabat..

buat rakanmu itu, biarlah luka dihati itu meninggalkan parut...supaya ia jadi peringatan dan sempadan....biarpun menangis seribu tahun, parut itu tetap akan ada, tapi akan semakin pudar....bangunlah..mulakan hidup baru....pejamkan mata kuatkan tekad meneruskan langkah..kita tak dapat berpatah balik untuk membetulkannya kembali...apa yang kita ada, hanya peluang untuk mencari kebahagiaan yang didambakan.....

hanya 1 kebaiakn..hanya 1.....lupakan kesalahan dan keaiaban....ingat kebaikannya..insya-Allah...kita mampu maafkan sesiapa saja...mampu....

Seroja Jingga said...

life is about choice
kita yang pilih.
pilih apa yang mahu diubah, dan jauh mana mahu melangkah.
dan esok
kita sendiri yang memilih; mahu terjelepuk kesal atau biar senyum puas menjadi asalnya.