Wednesday, March 30, 2011

Akukah Terlewat...



Diwaktu ku tiba pantai telah berubah wajahnya,
Sekuntum bunga gugur kebumi,
kekeringan layu tak bermaya,

akukah terlewat atau waktu yang tercepat,
sehingga suasana berbeza,
tiada lagi seperti dahulu,

disinilah dengan mu,
mengikuti jejejak ombak pantai,
disini dan juga diketika ini,
ku saksikan istana pasir berkecai,

disinilah tempatnya,
kukenali erti cinta pertama,
tapi waktu itu aku yang pemalu,
terpampang terbuka oleh mata mu,

semenjak itu,
aku bagai lilin terbakar,
memberikan cahaya penuh rela,
kerana ingin berbakti menerangi,
cinta kita..

5 comments:

ghost said...

jangan terlalu menjadi lilin...jadilar sumbu lampu mintak tanah.

Ghostface Fella' said...

ahahaha..
x ok ker lilin ghost? :D

Anonymous said...

Salam Ghostface,

Tidak ada istilah TERLEWAT!!! jgn patah semangat, berusaha la untuk merubah keadaan. kebahagian itu tengah menantimu mencapainya....

p/s: baru pu3 tahu yg selama ni TussedyII ini adalah sahabatku, memerhati dari jauh rupanya.....cheers!!!

ghost said...

bukan tak ok..tapi ya kan lagi teruk kalau sampai harus menamatkan diri dalam masa yang singkat...

Ghostface Fella' said...

Puteri Anatasia a.k.a Princess Tiramisu :
Thanks you sahabat.. :)
Cheers!!!!

ghost writer :
ghost betul tu last2 cair x jd ape kn... hihiii