Wednesday, December 14, 2011

MELAYU...

"tak akan "MELAYU" hilang di dunia.

di "TANAH" ini,
kita bina "ISTANA"
kita buka penempatan dan kita namakan
"TANAH MELAYU".
wahai"BANGSA"ku.
"MASAKKAN" gulai kegemaran ku,
dan hidangkan "KUIH" kebanggaan mu
pakailah "BAJU" yang cantik-cantik
dan gunakan"BAHASA" yang molek-molek
nyanyikan "LAGU"dan ber"JOGET"lah
tetapi jangan dilanggar"ADAT -ISTIADAT " kita
kerana.....
"MELAYU" mudah lupa.

Ya Tahu...



Tulah pak pandir
berangan lagi...
Kan dah terjun dengan labu-labunya
luncai -luncai
gossip dulang paku serepih....
pulut pun satu?
tak tahu ke?
kelapa dah naik harga. Bukan banyak pun setitik je. rosak susu sebelanga.
Ya tahu! 

Sedangkan lidah lagi tergigit
yang kau terasa pasal apa?
aku cubit peha kiri je?
sindir menantu lah tu?
tak delah mana ada aku baling?
kan tangan aku kat belakang.
Yang kecik tu aku ingatkan anak?
dah jadi buluh mana boleh lentur?
Buka mata cakap siang ,buka telinga cakap malam.
Ya Tahu!

Sudah tahu lagi mau tanya?

KETUA..

K E T U A

K-kerana aku berkuasa
E-engkau kena lakukan saja
T-tak perlu membantah.cuma kata Ya.
U -saha kau ,aku dapat nama
A-aku kan KETUA

KETUA HINGGA HUJUNG NYAWA
KITA KATA TIDAK DIA KATA YA
NAK KATA BUDAK TAPI USIA DAH SENJA
SEMUA DIA LANTAK NAK CEPAT KAYA
TIADA BEZA BIAWAK DAN BUAYA

Lidah atau Ludah..

Kerana LIDAH yang tidak pandai meludah
menelan rasa yang binasa
mengulum nafsu yang lesu
menjelir hati yang mati
bezanya cuma....
Taufan yang mencekik
atau....
Bayu yang berbisik...

"SAYANGILAH SESAMA INSAN"

Salam dan Selam...

Kali nie datangnya kembali mungkin dengan watak dan alunan yang agak berbeza..
tidak seperti dahulu yang selalu bermain dengan boneka ciptaanya sendiri sehingga ada yang terpedaya,
kerana hari ini pentas dan gerak tarinya sedang seiring dibuai dengan ceritera yang baru sedang bermula, 
dengan sebuah lagi episod kehidupan yang semakin jelas lagi  nyata dan sekali lagi jangan cuba menduga,
dengan andaian semata2 kerana  itu membuatkan hasad bisikan2 jahat mula meracun, meneka, mereka 
dan cuba menikam bisanya walau tajam dan dalamnya tusukan itu kadang2 sejengkal cuma..... 

Jadi bawalah diri bersama Anjakan Paradigma, dalam merasa gelombang dan gelora denyut nadi mereka2 itu dalam mengurai noda2 hitam kelat manusia bergelar kononnya orang tapi manusia, kiasan cuma bias sinis di dada2 mereka agar mereka tahu meludah bukan kelangit dan menjerit bukan ditempat sunyi dan sepi...  

"Biarkan luncai terjun dengan labu2nya"

Tuesday, December 6, 2011

Kelambu..

Curankanlah konkrit kedalam acuannya
getarkan ia agar bersatu
bersama tetulang besi yang menunggu
terpasak kebumi menjadi asas
menyokong tiang dan rasuk 
bersatu agar bumbung tersenyum
menahan rimbunan hujan
melindungi celiknya matahari
jangan lupa ruang jendela
untuk kau meninjau apa yang berlaku
diluar sana..
Pintunya biar dari kaca
agar nurul boleh menyuluh seluruh ruang
dindingnya biar berongga
senang sang bayu bersama seruan lima waktu
menerjah masuk....
tanpa mengetuk pintu
kumpulkan masam,manis,masin,pahit,kelat dan segala rasa dihujung sudut.
tinggalkan ruang jangan di sekat
agar senang mengadap kiblat
bilik tidur utama,biar kedap suara.
RAHSIA...

BARAH!!

Makin dikejar makin jauh
sembunyi matahari hilanglah bayang
pandai mengeja gagap membaca
tahu menyanyi tak pandai mengaji
angkat bahu geleng kepala Itu Menari??? 


Suara kuat tapi sunyi,sepi, kosong
bertepuk guna tangan bukan kaki
bertikam guna lidah bukan lidi
bersorak bukan berborak
berfikir diluar kotak bukan suruh jadi Katak??


Ada Akal pakai jangan gadai
biar cedera parah jangan jadi BARAH!
Pandai berkira tapi bodoh mengira.Gilaaa