Wednesday, December 14, 2011

Salam dan Selam...

Kali nie datangnya kembali mungkin dengan watak dan alunan yang agak berbeza..
tidak seperti dahulu yang selalu bermain dengan boneka ciptaanya sendiri sehingga ada yang terpedaya,
kerana hari ini pentas dan gerak tarinya sedang seiring dibuai dengan ceritera yang baru sedang bermula, 
dengan sebuah lagi episod kehidupan yang semakin jelas lagi  nyata dan sekali lagi jangan cuba menduga,
dengan andaian semata2 kerana  itu membuatkan hasad bisikan2 jahat mula meracun, meneka, mereka 
dan cuba menikam bisanya walau tajam dan dalamnya tusukan itu kadang2 sejengkal cuma..... 

Jadi bawalah diri bersama Anjakan Paradigma, dalam merasa gelombang dan gelora denyut nadi mereka2 itu dalam mengurai noda2 hitam kelat manusia bergelar kononnya orang tapi manusia, kiasan cuma bias sinis di dada2 mereka agar mereka tahu meludah bukan kelangit dan menjerit bukan ditempat sunyi dan sepi...  

"Biarkan luncai terjun dengan labu2nya"

1 comment:

Seroja Jingga said...

anjakan paradigma.

tahniah untuk itu. dan aku juga membawa kisah baru dalam dunia sisi gelap yg satu tu.yg lama aku humban jauh kelaut biar hanyut dibawa arus.

lebih gemar aku berpijak dibumi nyata untuk MOMEN ini. biar perit tapi benar daripada indah tapi palsu semata.

keep writing!