Wednesday, March 30, 2011

Biarlah bulan berbicara sendiri menentukan paksinya...




Cukup-cukuplah topeng yang kau pakai hanya umpan untuk menarik mata meracuninya
dan ketika terlena melihat kehidupan kau yang  hampir Cilaka 
aku cuba dekat menarik tangan kau keluar dari kekalutan jiwa yang seakan menggila  ..
kau anggap kehidupan ini dari mata hati kau hanya sebuah permainan dusta 
dari watak dan melodrama yang dulu kau anggap dialah segala-galanya 
dan akhirnya terparut kesan tercela sehingga membuat kan kau   
membenih perasaan dendam yang meluap2 dilubuk hati yang kecewa

Ya!! itu kisah kelmarin yang kau anggap dialah punca segala durjana
tapi setelah aku mengenali akan resam dijiwa kau yang kosong dan hampa
aku bersimpati dan cuba untuk membangkit kan kembali semangat kau 
yang seakan hilang daya dan semakin lama, mula terlihat sebenarnya kau hanya berpura 
dan menyedapkan hati bila berbicara sehingga kelihatan topeng yang kau pakai 
itu semakin lama dihiris perasaan kecewa
lalu terlihatlah siapa diri kau sebenarnya yang dulu gemar mengalunkan irama hiba
membuatkan aku hampir2 terpedaya dan terleka pada kau yang sebenarnya pendusta

Mungkin juga dendam yang meluap2 itu memberi kesan mendalam pada kehidupan seharian , 
sehingga kau bertindak sedemikian disebabkan tekanan jiwa yang terkesan 
 pada kisah kemarin, seolah2 dibunuh serta diperah secukup2nya hati dan perasaan
sampaikan kau rasa orang2 yang cuba membantu mengikis perasaan dendam itu, 
kau anggap sama perlu diberi pengajaran dengan bicara2 cilaka yang kau hadam setiap hari
dan setiap kali kau marah, jiwa kau akan dirasuk oleh kata2 nista  dan kau anggap biasa
sehinggakan kau lupa ketika kesepian itu datang dijiwa kau, 
orang2 ini lah dengan ikhlas tampil membantu kau tanpa rasa jemu dengan kerenah kau
yang kadang2 menjengkelkan, sedikit pun tidak mengharapkan apa2 balasan dari kau
cuma mahu melihat kau memandang sebenar kehidupan ini adalah sebenar2 kehidupan
dan bukan bermain dengan bayangan2 mimpi semalam yang kau sendiri sedar 
semuanya tanpa kepastian dan cuma menyedapkan hati kau yang kecewa sebenarnya

 cukuplah dengan sikap dan perilaku kau yang selama ini sudah cukup aku bersabar
cuba sedaya upaya untuk membantu diri kau tapi aku sudah tidak berdaya lagi 
kerana aku melihat kau tidak berusaha untuk keluar dari kepompong bernanah itu
dan sekali lagi kau tunjukkan sikap kau yang suka mencabar kewibawaan aku sebagai lelaki
dengan kata2 yang boleh aku anggap kau sudah tidak menghormati nilai persahabatan itu 

Maafkanlah aku sekali lagi kita tidak boleh selalu bersama seperti dulu lagi
walaupun kau pernah menangis suatu ketika dulu kerana kau takut akan sepi itu kembali 
tanpa teman dan orang2 yang selalu disisi tapi percaya la kita tetap bersahabat
cuma ada insan yang aku sayang perlu dijaga hati dan perasaannya  
kerana aku sedang berusaha memperbaiki diri 
bagi melangkah pada sebuah kehidupan yang baru
insyaallah segala kesempatan yang ada dan pengalaman dari kisah kau 
akan aku jadikan pegangan dan pedoman dalam hidup 
supaya aku boleh mencipta sebuah kehidupan yang bahagia 1 hari nanti pasti
dan kau banyak mengajar aku tentang kekecewaan itu sebenarnya
Terima Kasih dan halalkan semuanya...
untuk kau yang dulu pernah aku panggil sayang






"Kehidupan itukan satu percaturan"
"kadangkala kita tewas atau kita sendiri ditewaskan"   






5 comments:

Seroja Jingga said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

. . .

wayarputus said...

barngkali..dia sahabat yang sangat kamu sayang.hidup kita telah direncanakan dgn duga tuhan yang bagai bagai..entry ini mengingatkan aku pada seseorang..seseorang yg telah menghadap YA RAHMAN..kesal ku cuma satu..menolak lamaran dia dgn kata kata buruk aku sendiri.tapi perlu ada redhalah dlm hati,dan aku pasti dia sedang senyum memrhati aku dari jauh
apepun kemelut yang kau hadap sekarang..bangunlah.jgn terus diam bungkam dan memendam menjadi amrah dan dendam,

dan paling prmting..berbaliklah pada Tuhan.

ghost said...

dengan lagu yang cukup sentimental aku habiskan membaca bait-bait permintaan nilai sayang ini dan permohonan maaf untuk suatu komitmen yang lebih lama...

Ghostface Fella' said...

Terima kasih atas pandangan Sahabat2 berikan..
aku menghargai itu semua... :)