Wednesday, March 23, 2011

Hikayat Mati Senyap..


Bahawa sekarang dengarlah olehmu, hai kekasihku, Maka adelah aku karangkan akan coretan ini dari hal hikayat diriku, maka kunamakan dia Hikayat Mati Senyap..

Adapun sebabnya kukatakan demikian itu, maka akan ketahuilah jikalau benih yang tiada baik ditanam, sesekali tiada boleh bertumbuh pohon yang baik,  seperti perumpamaan Melayu; 
     
Adakah pernah telaga yang keruh itu mengalir airnya jernih?..dan lagi pula jikalau di hulu airnya keruh dapat tiada dihilirnya keruh juga adanya."Ibarat orang yang membuat negeri Amerika itu orang jahat, segala keturunannya itu pun jahatla juga adanya..kuusahakan diriku menterjemahkan coretan ini kerana kulihat dalamnya kebanyakan ceretera dan perkataan umpama, ibarat dan mithal yang mendatangkan akal serta bijaksana cerdik bagi orang yang membaca akan dia....


Maka dalam simpanan yang tersebut itulah aku perolehi kebanyakan simpulan perkataan, ikatan perkataan, rangkai perkataan, ringkasan perkataan, lanjutan perkataan, kuasa perkataan, pemanis perkataan, tumbuh perkataan, campuran perkataan, tuju perkataan, tajam perkataan, sindiran perkataan dan rahsia perkataan serta beberapa 'ilmu bahasa yang kulihat tersembunyi dalam lenggok bahasa itu sendiri...


Kesimpulannya, 


Adapun sebab itulah bagaimana ku beli mahal demikianlah hendak ku jual pun mahal. Maka sekiranya kudapati sepanjang jalan ku tiru-tiru dan ku dengar-dengar sahaja, jangankan hendak dibeli orang, jikalau dipintanya sahaja kuberikan cuma-cuma. Melainkan berlebih-lebih maklumlah tuan-tuan yang membaca Hikayatku ini, bahawa tiap-tiap benda yang murah harganya itu, dapat tiada adalah 'aibnya dan tiap-tiap benda yang mahal itu dapat tiada juga adalah sesuatu kelebihannya... 


Allahhualam....

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh..



3 comments:

ghost said...

dan kesimpulannya jadikan lah mati senyap ini suatu yang sangat asli sepertimana aslinya ciptaan itu semakin lah mahal harganya.dan menulis lah dengan cara tersendiri supaya boleh ada identiti diri.

Ghostface Fella' said...

Ghost writer:
ya benar itu dong.... :)

Anonymous said...

indeed. yang original.